Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan




Alhamdullillah,
Pada tarikh 21 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1421 hijrah, ana telah melancarkan secara rasmi blog ana untuk tatapan sekalian umat.Walaupun ana masih baru dalam dunia blog ini tapi insyaAllah ana akan belajar dan mempertingkatkan blog ana dari masa ke semasa. Pada edisi kali ini ana akan membincangkan tentang bulan Ramadhan. Akhirnya bulan yang ditunggu tunggu telah tiba. Bulan puasa dik oii bukan bulan raya. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa sejuta keberkatan dan menghijrah setiap insan kearah yang lebih baik. hapuskanlah sifat-sifat mazmumah terutamanya sifat dengki. Sepanjang pengalaman ana, ramainya orang yang tewas kepada sifat dengki ini wlaupun ana tengok kadang-kadang seseorang itu berpewatakan sangat warak. Berserban dan
selalu sembahyang berjemaah tetapi dalam bab dengki, hancuss.


Di bulan Ramadhan jugalah umat islam wajib bepuasa, menahan lapar, dahaga dan dari pebuatan-perbuatan yang ehem-ehem. Puasa dari segi saintifiknya dapat mencegah penyakit. indahnya Islam. Ini terbukti apabila fakta memberitahu bahawa perut merupakan ibu segala penyakit. Yelah kalau dah sumbat gula dan lemak hari hari memang tak lama dah tu. dengan berpuasa, perut dapat berehat dan membersihkan sisa sisa toksin makanan di dalamnya. Kalau tak percaya boleh tanya sama itu doktor. Diakhir wacana marilah kita berpuasa beramai ramai dan jangan lupa Solat Terawih. Wasalam.