Khamis, 15 Disember 2011

CUEPACS tolak SBPA

Presiden CUEPACS Dato' Hj Omar Osman

1. Hari ini, 15 Disember 2011, CUEPACS sebulat suara menolak skim baru perkhidmatan awam yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib.

2. Dalam berita yang baru penulis saksikan, RTM kul 8 malam, turut kelihatan setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng.

3. Penulis turut ketawa melihat perkembangan terbaru ini dan mengucapkan syabas kepada CUEPACS dan NUTP.

4. Memang patut pun ditolak, sbpa adalah benda yang samar-samar, patut diterangkan kepada semua kakitangan kerajaan dan ia memakan masa. Bukannya diberi tempoh mulai 16 Dis hingga 30 Dis untuk memilih sbpa tanpa mereka tak tahu apo pon.

5. Fikirkanlah macam mana pula dengan cikgu yang sedang bercuti di kampung halaman sempena cuti sekolah dan tempat kerja puler nun jauh disaner. Macam mana mereka nak buat keputusan memilih sbpa tanpa diberi keterangan yang secukupnya. BANGANG!!!

6. Penulis mahu fikir kerajaan kalau nak buat keputusan tanyalah kakitangannya dulu, bukannyer melulu macam ni. Teringat penulis sikap kerajaan yang menaikkan harga minyak di tengah malam dengan serta merta di masa kepimpinan Tun Abdullah. Memang rakyat marah.