Sabtu, 25 Disember 2010

Layan Bleach dan Naruto


1. Antara aktiviti penulis semasa menganggur ni adalah layan animasi naruto dan bleach. Pada yang tak kenal/tahu animasi ni leh tengok kat internet atau tv3 (check intisari rancangan).

2. Beast wooooo.....tapi bergantung pada individu gak. Walaupon animasi ni ade yang betul dan ade yang tak betul, tapi namapon animasi, layan jer lerrr.

3. Penulis akan membentangkan pendapat penulis tentang kekarutan dan kebenaran kedua-dua animasi ini terutamanya berkaitan dengan teknik penggunaan kuasa.

4. Antara yang best dalam kedua-dua komik ini adalah penggunaan teknik teleport (pemindahan). let's check teknik teleport dalam kedua2 animasi ini.

5. Teleport dalam naruto:

>Tobi memerangkap ketua kumpulan jahat akatsuki menggunakan mata sharingannya untuk teleport. Mata kanannya menjadi pusat titik untuk berteleport.

6. Teleport dalam bleach:


>Ketua kumpulan kidou, Tessai Tsukabishi mengunakan dua teknik terlarang untuk teleport rakan-rakannya yang cedera. Teknik-teknik itu adalah Jikanteishi@menghentikan masa dan Kukanten'i@menggantikan ruang.

7. Penulis tertarik dengan teknik teleport kerana mungkin teknik inilah yang memindahkan instana Balqis dari Yemen ke Palestin dalam sekelip mata. Siapa tahu.....

Ahad, 19 Disember 2010

Fahaman SYIAH di Malaysia

Gambar ehsan Harian Metro

1. Satu penangkapan rakyat Malaysia berfahaman Syiah dilakukan pada 10 Muharram 1432H yang lalu di Selangor (lupa nama tempat). Kumpulan ini diketuai oleh seorang yang berbangsa Iran.

2. Iran memang negara berfahaman Syiah. Malaysia mengiktiraf negara berfahaman Syiah tetapi mengharamkan rakyat Malaysia berugama Islam mengikuti fahaman ini kerana menyalahi ahli sunnah wal jamaah.

3. Orang islam Malaysia adalah mengikut ahli sunnah wal jamaah dan mengikut mazhab Imam Hanafi.

4. Fahaman Syiah ni cukup bahaya kepada rakyat Malaysia yang berugama Islam. Ia akan memecahbelahkan orang islam / melayu jika tak dibendung dari awal.

5. Syiah memuja Saidina Ali dan menolak 3 khulafa' ar-rasyidin yang lain malahan tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Orang syiah percaya malaikat Jibrail AS tersalah memberi wahyu kepada nabi Muhammad SAW dan sepatutnya memberikan wahyu kepada saidina Ali.

6. Iktikad ini jika tak dibendung dari awal memang parah. Mereka bermati-matian percaya kepada kerasulan saidina Ali dan cukup sukar untuk menukar iktikad kepercayaan mereka ini kembali mempercayai kerasulan Nabi Muhammad SAW.

7. Diharap orang Malaysia yang berugama Islam yang mula berjinak-jinak dengan fahaman Syiah ini supaya jauh-jauhkanlah lebih-lebih lagi jikalau anda adalah guru/pensyarah. Anda dengan mudah mempengaruhi pelajar anda menjadi pengikut Syiah.

8. Penulis memang memandang serius akan hal ini. Semoga Allah swt melindungi rakyat Malaysia, Amin.

Sabtu, 11 Disember 2010

Penganggur Kehormat

1. Bermula pada hari 20 November 2010 penulis menjadi penganggur kehormat kerana sudah habis 'sesuatu' kursus.

2. Penulis menjadi penganggur kehormat mungkin sampai 2 Januari 2011. Dalam sebulan lebih juga penulis menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang tak beerti ni..(tak beerti ke?)

3. Bukanlah penulis tak mahu bekerja, tetapi dalam jangkamasa yang pendek dan kekurangan peluang pekerjaan di negeri penulis menyebabkan penulis melupakan hasrat ingin bekerja. Kalau ade pon atendan pam minyak dengan pelayan restoran..lupakanlah.....

4. Pun begitu, penulis tidaklah menghabiskan masa-masa terluang dengan sia-sia. Banyak lagi benda yang boleh dibuat semasa time menganggur ni.

5. Penulis bercadang ingin menanam beberapa sayur seperti terung dan timun.......namun keadaan musim tengkujuh pada hujung tahun membantut hasrat ku. Ayam -ayam disekitar rumah penulis pon banyak yang dah mati kerana musim tengkujuh ni. Kesejukan kotttt......terpaksalah penulis menanam ayam-ayam yang dah mampos tu.....adooooooiii sakit belakang.

6. Penulis juga tidak bercadang ke ibu kota untuk mengisi masa menganggur ni walaupon banyak pendatang asing masuk Malaysia kerana rezeki. KL pon dah jadi macam negara mereka.

7. Penulis bersyukur kerana penulis lahir di Malaysia. Kasian pon ade melihat para pendatang asing terpaksa bersusah payah ke Malaysia demi sesuap rezeki.

8. Semoga Allah S.W.T melimpah nikmat yang tak terhingga kepada penulis, amin.

Sabtu, 4 Disember 2010

Teringat Kematian Kucingku

GAMBAR HIASAN

1. Penulis teringat akan kematian kucing penulis setelah melihat banyak kucing-kucing berkeliaran di sekitar rumah penulis.

2. Dalam diam tak diam sudah setahun kucing penulis pergi tak berganti....(31 Oktober 2009).

3. Mungkinkah pengantinya akan tiba dalam masa terdekat... siapa tahu....

4. Kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar rumah penulis nampaknya tak berapa Sesuai dijadikan belaan. Nampak comot, kotor dan gelilaaaa..........

5. Penulis taklah kata penulis ni berjiwa sayangkan binatang....tapi...mereka juga makhluk Allah di atas muka bumi ini.

6. Penulis terfikir kita hanya menyanyangi manusia/haiwan yang lebih lemah daripada kita. Ader ker orang bela singa or rimau......?<>