Ahad, 24 Julai 2011

Penulis bela saka?????

1. Betul ker penulis ade membela sake??? aaaaa sudah.

2. Macam manakah rupe sake itu?, hansom kah, besar kah, warna apo kah?

3. Adekah penulis meminta pertolongan dari makhluk itu ataupon makhluk itu yang terkinja-kinja mahukan pertolongan?

4. Aduiiii poning kepalo...apo nak buek.

5. kalo nak tengok jugak rupe sake penulis meh turun bawah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bawah lagi
.
.
.
.
.
.
.
.

jeng jeng jeng......
ni la sake penulis hahahahahahahahahhh
namo makhluk ni Gelam
Sake yang paling bangang di abad ini
saksikan Gelam dalam rancangan You saka pergi jauh jauh
setiap khamis 9 malam di TV 3
dijangka akan berakhir pada 25 Ogos 2011
dah nak dekat raye ponn
takut tak..........

Rabu, 6 Julai 2011

Kenapa kerajaan BN takut sangat dengan BERSIH?

1. Penulis cukup hairan dengan tindak tanduk kerajaan sekarang yang di pimpin oleh BN mengenai perhimpunan BERSIH. Katanya perhimpunan haram.

2. Apa yang penulis sangat kesali rakyat Malaysia yang makan gaji dengan kerajaan terpaksa menerima kesusahan akibat tindakan kerajaan.

3. Antara tindakan itu adalah penulis dan rakan sekerja penulis dikerah bekerja lagi untuk hari sabtu. Ini bermakna dua sabtu berturut-turut penulis terpaksa bekerja sedangkan sepatutnya penulis bercuti.

4. Lagi tindakan kerajaan adalah mengawasi rakyat dengan meletakkan polis di merata tempat. Ditempat penulis tak pernah langsung ada road block, tiba-tiba ada rock block dari awal pagi sampai ke malam, tak ke gilerrr. Lepas tu, setiap polis dilengkapi senapang, macam rakyat Malaysia ni penjenayah besar.

5. Penulis sebenarnya malas masuk campur dalam politik, tapi kalau dah macam ni keadaannya, tak ke penulis MARAH.

6. Pendapat penulis tentang perhimpunan 'bersih,, lantak diaorang laa...asalkan diadakan secara aman. Polis hanya mengawasi keadaan dan tidak sesekali mencederakan rakyat orang awam.

7. Tapi kalau dah tempat penulis pon sekarang diawasi polis-polis dengan senapang gajah....apa ke HAL??????? dah macam darurat. Benci botul. Penulis tidak upload gambar road block itu kerana mudah dikesan tempatnya kerana dikelilingi bangunan-bangunan yang famous.

8. Lantak korang laaaaa. Tido lagi best.