Ahad, 10 November 2013

Syaitan Manusia

Gambar ehsan Utusan Malaysia

1. Pembunuh pegawai Ambank Subang Jaya (Norazita Abu Talib) berjaya diberkas di Kota Tinggi 10.11.13.

2.Suspek dipercayai berasal dari Indonesia dan memiliki kad pengenalan palsu.

3. Dahla kau rompak bank, lepas tu bunuh pula pegawai wanita yang buka peti besi dengan menggunakan pump gun sampai berkecai muka kawan tu.

4. Bagi penulis, manusia syaitan macam ini perlu dibunuh sebagaimana dia membunuh wanita tersebut.

Khamis, 3 Oktober 2013

Gempar...Kecoh..Gege..Guru Hilang Gaji di Negeri Sembilan

Guru hilang gaji di N. Sembilan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Hjh Kalsom Khalid (gambar sinar harian)

1. Minggu ni (30.9-3.10) cikgu cikgi yang berkhidmat di Negeri Sembilan panik kerana gaji meraka disedut di alam maya.

2.Begini cerito sebonarnya....

3. Pencuri gaji ni menghantar email ke sekolah sekolah di Negeri Sembilan ( penulis tak pasti adakah semua sekolah di Negeri Sembilan menerima email ini) dengan alamat moe@gmail (lebih kurang) meminta kerani sekolah menghantar salinan terkini nama guru, kad pengenalan dan nombor akaun bank.

4. Jika kerani sekolah percaya email ni dari pihak Kementerian Pendidikan dan bulat-bulat menghantar maklumat guru tersebut...maka berlakulah bencana alam maya...

5. Setahu penulis ada sekolah yang tertipu dengan email ni dan ada guru yang hilang gajinya.......

6. Aneh..Pelik.. tapi benar.....dengan hanya mengetahui maklumat guru...gaji guru boleh dicuri..

7. Maka guru - guru yang terkena diarahkan menutup akaun gaji yang dicuri itu dan membuka akaun bank yang baru untuk gaji...dan kerani buat no akaun gaji yang baru.

8. Guru-guru juga dinasihatkan menyemak pinjaman di bank negara jika ada pinjaman palsu yang dibuat oleh pencuri ini...kan tak pasal-pasal menanggung beban ,,

9.Alahai Malaysia...mudah dan rapuhnya sistem keselamatan cyber. KAHKAHKAH....

Ahad, 5 Mei 2013

Selamat Mengundi

  • 1. Pada hari ini 5 Mei 2013 hari bersejarah untuk rakyat Malaysia kerana hari ini hari mengundi. 2.Setiap 5 tahun sekali rakyat Malaysia berpeluang mengundi untuk memilih mandat kerajaan yang baru. 3. Penulis baru sahaja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. 4. Penulis berasa amat tidak berpuas hati tentang penggunaan dakwat kekal yang kononya kekal tetapi sebenarnya tidak. InsyaAllah penulis akan publish alkisah dakwat ini.