Khamis, 1 September 2011

Sambutan Aidil Fitri 1432H yang berbeza-beza


1. Walaupun dalam rantau yang sama, asia tenggara, tetapi tarikh hari raya puasa 1432 Hijrah berbeza sehari di antara negara Malaysia dan Singapura dengan Indonesia dan Brunei.

2. Malaysia, Singapura dan selatan Thailand menyambut 1 Syawal pada 30 ogos 2011 iaitu 29 hari puasa. Negara seperti brunei dan Indonesia menyambut 1 Syawal pada 31 Ogos 2011 iaitu 30 hari berpuasa.

3. Hairan kan? walaupun kita menyambut 1 ramadhan pada tarikh yang sama tetapi 1 syawal berbeza.

4. Daripada pemahaman penulis melalui internet (tak rasmi ok), mengikut ilmu falak, negara di sebelah Malaysia barat (semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand) menyambut 1 syawal pada 30 Ogos kerana anak bulan 'kelihatan'.

5. Manakala di sebelah Malaysia timur (Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia/pulau jawa), mengikut ilmu falak, anak bulan tidak 'kelihatan pada 30 Ogos. Ini bermakna puasa genap 30 hari dan 1 syawal 31 Ogos 2011.

6. Walaupun begitu, pemerintah Malaysia menetapkan 1 syawal pada 30 Ogos 2011 di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

7. Brunei dan Indonesia pula tetap beraya pada 31 Ogos 2011..........mmmmm Nampak macam pelik.

8. Kalau nak tahu lebih lanjut perkiraan ilmu falak ini boleh ke laman web

http://taotauajer.blogspot.com/2011/08/gempar-2-tarikh-raya-berbeza-buat_19.html

k bye...