Khamis, 15 Disember 2011

CUEPACS tolak SBPA

Presiden CUEPACS Dato' Hj Omar Osman

1. Hari ini, 15 Disember 2011, CUEPACS sebulat suara menolak skim baru perkhidmatan awam yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib.

2. Dalam berita yang baru penulis saksikan, RTM kul 8 malam, turut kelihatan setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng.

3. Penulis turut ketawa melihat perkembangan terbaru ini dan mengucapkan syabas kepada CUEPACS dan NUTP.

4. Memang patut pun ditolak, sbpa adalah benda yang samar-samar, patut diterangkan kepada semua kakitangan kerajaan dan ia memakan masa. Bukannya diberi tempoh mulai 16 Dis hingga 30 Dis untuk memilih sbpa tanpa mereka tak tahu apo pon.

5. Fikirkanlah macam mana pula dengan cikgu yang sedang bercuti di kampung halaman sempena cuti sekolah dan tempat kerja puler nun jauh disaner. Macam mana mereka nak buat keputusan memilih sbpa tanpa diberi keterangan yang secukupnya. BANGANG!!!

6. Penulis mahu fikir kerajaan kalau nak buat keputusan tanyalah kakitangannya dulu, bukannyer melulu macam ni. Teringat penulis sikap kerajaan yang menaikkan harga minyak di tengah malam dengan serta merta di masa kepimpinan Tun Abdullah. Memang rakyat marah.


Khamis, 1 September 2011

Sambutan Aidil Fitri 1432H yang berbeza-beza


1. Walaupun dalam rantau yang sama, asia tenggara, tetapi tarikh hari raya puasa 1432 Hijrah berbeza sehari di antara negara Malaysia dan Singapura dengan Indonesia dan Brunei.

2. Malaysia, Singapura dan selatan Thailand menyambut 1 Syawal pada 30 ogos 2011 iaitu 29 hari puasa. Negara seperti brunei dan Indonesia menyambut 1 Syawal pada 31 Ogos 2011 iaitu 30 hari berpuasa.

3. Hairan kan? walaupun kita menyambut 1 ramadhan pada tarikh yang sama tetapi 1 syawal berbeza.

4. Daripada pemahaman penulis melalui internet (tak rasmi ok), mengikut ilmu falak, negara di sebelah Malaysia barat (semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand) menyambut 1 syawal pada 30 Ogos kerana anak bulan 'kelihatan'.

5. Manakala di sebelah Malaysia timur (Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia/pulau jawa), mengikut ilmu falak, anak bulan tidak 'kelihatan pada 30 Ogos. Ini bermakna puasa genap 30 hari dan 1 syawal 31 Ogos 2011.

6. Walaupun begitu, pemerintah Malaysia menetapkan 1 syawal pada 30 Ogos 2011 di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

7. Brunei dan Indonesia pula tetap beraya pada 31 Ogos 2011..........mmmmm Nampak macam pelik.

8. Kalau nak tahu lebih lanjut perkiraan ilmu falak ini boleh ke laman web

http://taotauajer.blogspot.com/2011/08/gempar-2-tarikh-raya-berbeza-buat_19.html

k bye...

Ahad, 24 Julai 2011

Penulis bela saka?????

1. Betul ker penulis ade membela sake??? aaaaa sudah.

2. Macam manakah rupe sake itu?, hansom kah, besar kah, warna apo kah?

3. Adekah penulis meminta pertolongan dari makhluk itu ataupon makhluk itu yang terkinja-kinja mahukan pertolongan?

4. Aduiiii poning kepalo...apo nak buek.

5. kalo nak tengok jugak rupe sake penulis meh turun bawah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bawah lagi
.
.
.
.
.
.
.
.

jeng jeng jeng......
ni la sake penulis hahahahahahahahahhh
namo makhluk ni Gelam
Sake yang paling bangang di abad ini
saksikan Gelam dalam rancangan You saka pergi jauh jauh
setiap khamis 9 malam di TV 3
dijangka akan berakhir pada 25 Ogos 2011
dah nak dekat raye ponn
takut tak..........

Rabu, 6 Julai 2011

Kenapa kerajaan BN takut sangat dengan BERSIH?

1. Penulis cukup hairan dengan tindak tanduk kerajaan sekarang yang di pimpin oleh BN mengenai perhimpunan BERSIH. Katanya perhimpunan haram.

2. Apa yang penulis sangat kesali rakyat Malaysia yang makan gaji dengan kerajaan terpaksa menerima kesusahan akibat tindakan kerajaan.

3. Antara tindakan itu adalah penulis dan rakan sekerja penulis dikerah bekerja lagi untuk hari sabtu. Ini bermakna dua sabtu berturut-turut penulis terpaksa bekerja sedangkan sepatutnya penulis bercuti.

4. Lagi tindakan kerajaan adalah mengawasi rakyat dengan meletakkan polis di merata tempat. Ditempat penulis tak pernah langsung ada road block, tiba-tiba ada rock block dari awal pagi sampai ke malam, tak ke gilerrr. Lepas tu, setiap polis dilengkapi senapang, macam rakyat Malaysia ni penjenayah besar.

5. Penulis sebenarnya malas masuk campur dalam politik, tapi kalau dah macam ni keadaannya, tak ke penulis MARAH.

6. Pendapat penulis tentang perhimpunan 'bersih,, lantak diaorang laa...asalkan diadakan secara aman. Polis hanya mengawasi keadaan dan tidak sesekali mencederakan rakyat orang awam.

7. Tapi kalau dah tempat penulis pon sekarang diawasi polis-polis dengan senapang gajah....apa ke HAL??????? dah macam darurat. Benci botul. Penulis tidak upload gambar road block itu kerana mudah dikesan tempatnya kerana dikelilingi bangunan-bangunan yang famous.

8. Lantak korang laaaaa. Tido lagi best.

Rabu, 8 Jun 2011

Radiasi Komputer

1. Kali ni penulis mahu bercerita tentang radiasi komputer, tak kisahlah desktop atau laptop.
2. Bagi yang tak tahu apa itu radiasi, radiasi adalah gelombang elektromagnet yang dipancarkan oleh alatan/gadjet elektronik seperti handpon, komputer,ipad dan yang sewaktu dengannya.
3. Kalo nak cerita pasal radiasi elektromagnet ni pangjang wooo....penulis kena selak buku-buku kejuruteraan untuk memahami radiasi ni. Ini termasuklah punca-punca radiasi, kekuatan radiasi dan frekuensi radiasi.
4. Cukuplah disini penulis menyatakan komputer mengeluarkan radiasi ELF (extreme low frekuensi), iaitu gelombang elektromagnet berfrekuensi rendah.
5. Radiasi ini dipercayai akan/telah menggangu sistem kesihatan tubuh manusia...cuma manusia tak sedar jerrr....
6. Kalo lepas bukak komputer terasa malas nak buat kerja-kerja tu tanda terkena radiasi lah tu.
7. Cara nak mengatasinya........elakkan terlalu lama dengan komputer lerrrrr......
8. Sampai disini dulu....jago kesihatan yerr.....bye