Sabtu, 25 Disember 2010

Layan Bleach dan Naruto


1. Antara aktiviti penulis semasa menganggur ni adalah layan animasi naruto dan bleach. Pada yang tak kenal/tahu animasi ni leh tengok kat internet atau tv3 (check intisari rancangan).

2. Beast wooooo.....tapi bergantung pada individu gak. Walaupon animasi ni ade yang betul dan ade yang tak betul, tapi namapon animasi, layan jer lerrr.

3. Penulis akan membentangkan pendapat penulis tentang kekarutan dan kebenaran kedua-dua animasi ini terutamanya berkaitan dengan teknik penggunaan kuasa.

4. Antara yang best dalam kedua-dua komik ini adalah penggunaan teknik teleport (pemindahan). let's check teknik teleport dalam kedua2 animasi ini.

5. Teleport dalam naruto:

>Tobi memerangkap ketua kumpulan jahat akatsuki menggunakan mata sharingannya untuk teleport. Mata kanannya menjadi pusat titik untuk berteleport.

6. Teleport dalam bleach:


>Ketua kumpulan kidou, Tessai Tsukabishi mengunakan dua teknik terlarang untuk teleport rakan-rakannya yang cedera. Teknik-teknik itu adalah Jikanteishi@menghentikan masa dan Kukanten'i@menggantikan ruang.

7. Penulis tertarik dengan teknik teleport kerana mungkin teknik inilah yang memindahkan instana Balqis dari Yemen ke Palestin dalam sekelip mata. Siapa tahu.....

Ahad, 19 Disember 2010

Fahaman SYIAH di Malaysia

Gambar ehsan Harian Metro

1. Satu penangkapan rakyat Malaysia berfahaman Syiah dilakukan pada 10 Muharram 1432H yang lalu di Selangor (lupa nama tempat). Kumpulan ini diketuai oleh seorang yang berbangsa Iran.

2. Iran memang negara berfahaman Syiah. Malaysia mengiktiraf negara berfahaman Syiah tetapi mengharamkan rakyat Malaysia berugama Islam mengikuti fahaman ini kerana menyalahi ahli sunnah wal jamaah.

3. Orang islam Malaysia adalah mengikut ahli sunnah wal jamaah dan mengikut mazhab Imam Hanafi.

4. Fahaman Syiah ni cukup bahaya kepada rakyat Malaysia yang berugama Islam. Ia akan memecahbelahkan orang islam / melayu jika tak dibendung dari awal.

5. Syiah memuja Saidina Ali dan menolak 3 khulafa' ar-rasyidin yang lain malahan tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Orang syiah percaya malaikat Jibrail AS tersalah memberi wahyu kepada nabi Muhammad SAW dan sepatutnya memberikan wahyu kepada saidina Ali.

6. Iktikad ini jika tak dibendung dari awal memang parah. Mereka bermati-matian percaya kepada kerasulan saidina Ali dan cukup sukar untuk menukar iktikad kepercayaan mereka ini kembali mempercayai kerasulan Nabi Muhammad SAW.

7. Diharap orang Malaysia yang berugama Islam yang mula berjinak-jinak dengan fahaman Syiah ini supaya jauh-jauhkanlah lebih-lebih lagi jikalau anda adalah guru/pensyarah. Anda dengan mudah mempengaruhi pelajar anda menjadi pengikut Syiah.

8. Penulis memang memandang serius akan hal ini. Semoga Allah swt melindungi rakyat Malaysia, Amin.

Sabtu, 11 Disember 2010

Penganggur Kehormat

1. Bermula pada hari 20 November 2010 penulis menjadi penganggur kehormat kerana sudah habis 'sesuatu' kursus.

2. Penulis menjadi penganggur kehormat mungkin sampai 2 Januari 2011. Dalam sebulan lebih juga penulis menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang tak beerti ni..(tak beerti ke?)

3. Bukanlah penulis tak mahu bekerja, tetapi dalam jangkamasa yang pendek dan kekurangan peluang pekerjaan di negeri penulis menyebabkan penulis melupakan hasrat ingin bekerja. Kalau ade pon atendan pam minyak dengan pelayan restoran..lupakanlah.....

4. Pun begitu, penulis tidaklah menghabiskan masa-masa terluang dengan sia-sia. Banyak lagi benda yang boleh dibuat semasa time menganggur ni.

5. Penulis bercadang ingin menanam beberapa sayur seperti terung dan timun.......namun keadaan musim tengkujuh pada hujung tahun membantut hasrat ku. Ayam -ayam disekitar rumah penulis pon banyak yang dah mati kerana musim tengkujuh ni. Kesejukan kotttt......terpaksalah penulis menanam ayam-ayam yang dah mampos tu.....adooooooiii sakit belakang.

6. Penulis juga tidak bercadang ke ibu kota untuk mengisi masa menganggur ni walaupon banyak pendatang asing masuk Malaysia kerana rezeki. KL pon dah jadi macam negara mereka.

7. Penulis bersyukur kerana penulis lahir di Malaysia. Kasian pon ade melihat para pendatang asing terpaksa bersusah payah ke Malaysia demi sesuap rezeki.

8. Semoga Allah S.W.T melimpah nikmat yang tak terhingga kepada penulis, amin.

Sabtu, 4 Disember 2010

Teringat Kematian Kucingku

GAMBAR HIASAN

1. Penulis teringat akan kematian kucing penulis setelah melihat banyak kucing-kucing berkeliaran di sekitar rumah penulis.

2. Dalam diam tak diam sudah setahun kucing penulis pergi tak berganti....(31 Oktober 2009).

3. Mungkinkah pengantinya akan tiba dalam masa terdekat... siapa tahu....

4. Kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar rumah penulis nampaknya tak berapa Sesuai dijadikan belaan. Nampak comot, kotor dan gelilaaaa..........

5. Penulis taklah kata penulis ni berjiwa sayangkan binatang....tapi...mereka juga makhluk Allah di atas muka bumi ini.

6. Penulis terfikir kita hanya menyanyangi manusia/haiwan yang lebih lemah daripada kita. Ader ker orang bela singa or rimau......?<>

Ahad, 28 November 2010

Kisah Temuduga yang Menyayat Hati

1. Minggu lepas penulis menghadiri temuduga untuk sesuatu jawatan (dengan kerajaan) bertempat di Kuala Lumpur.

2. Jauh penulis datang semata-mata untuk temuduga ni dan bersiap sedia, namun..........

3. Atas sebab-sebab tertentu penulis terpaksa berjalan kaki dari rumah sewa ke tempat temuduga dan ia memakan masa selama 25 minit dan menyebabkan penulis temegah-megah.

4. Pun begitu, sikap penemuduga lebih menyakitkan hati penulis. cara makhluk itu bertanya pun dah macam menengking dan dengan nada suara yang tinggi.

5. Penulis pon jawablah ape yang ditanyanya.........walaupon penulis tidak dapat menjawab kerana soalan soalannya penulis dapat kata memang sukar dan isu semasa yang penulis tidak arif tentangnya. Antaranya nama menteri dari sabah/sarawak.

6. Dasar makhuk poyo.....baru ada jawatan dah mula berlagak, penulis terfikir macam mana la orang bawahan dia boleh bekerja dengannya. Aku sumpah kau terkena badi monyet..hahahahahahahahahaaaa......padan muka kau.

Ahad, 18 Julai 2010

Kuasa Percintaan


Di kala kebosanan di waktu petang, hujan turun renyai-renyai, penulis mahu menulis artikel pasal hebatnya kuasa percintaan. Semua orang ataupun makhluk yang bernyawa pasti merasai perasaan cinta. Ia membuatkan seseorang tidur tak lena, makan tak kenyang, asyik teringatkan orang yang dirindui.






1. Dalam Al-Quran, Allah berfirman;
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ' (Ar-rum ayat 21)

2. Kuasa percintaan menyebabkan manusia sentiasa teringat orang yang dicintainya. mahu lakukan segala-galanya untuk memiliki individu tersebut.

3. Apakah yang menyebabkan manusia tergila-gilakan pasangannya?
~~~~~~~kerna rupanya kah?
~~~~~~~kerna bentuk badannya kah?
~~~~~~~kerna kemaluannya kah? (SENSOR)
~~~~~~~atau kerna budi bicaranya kah?
~~~~~~~atau kerna harta/duitnya kah?
~~~~~~~atau kerna sopan santunnya kah?
~~~~~~~ATAU KERNA AGAMANYA KAH?

4. Individu yang membaca tulisan ini pasti mempunyai hujah dan alasan masing-masing.

5. Bagi penulis, penulis ingin menyatakan pandangan mata memang hebat, ibarat kata orang 'senior' dari mana datangnya cinta? dari mata jatuh ke hati.

6. Seseorang itu akan GUMBIRA apabila mendapat orang yang dicintainya......namun, jika hasrat tak kesampaian,apa akan jadi?
*********KECEWA
*********MARAH
*********PATAH HATI UNTUK BERCINTA LAGI
*********SENTIASA MERINDUINYA
*********HIDUP TAK TENTERAM???

7 Penulis hanya tersenyum sendirian memikirkan perkara ini.........

Selasa, 13 Julai 2010

Kisah Paul Si Tukang Tilik

Paul si sotong kurita memerangkap tukang tilik (sumber: tntmagazine)

1. Pertama sekali mari kita lihat tukang tilik dari sudut agama Islam

Allah telah berfirman yang maksudnya:
”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.”
(Surah an- Naml : 65)

Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.”
(Hadith Muslim).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

2. Melihat dari sudut agama islam, adalah jelas umat nabi Muhammad dilarang tegas daripada mendatangi dan mempercayai ramalan / tilikan.

3. Begitu juga dengan ramalan si Paul, seekor sotong kurita yang telah meramal perlawanan-perlawanan negara Jerman dengan negara lain pada kejohanan bola sepak dunia 2010 dan semua ramalannya betul.

4. Pasti lepas ini si Paul akan terkenal kerana tilikannya. Apapun jika umat islam mempercayai tilikan si Paul, amat jelas ia menghampiri kekufuran.

5. Penulis tidak menolak bahawa haiwan- haiwan dapat mengetahui apa yang berlaku pada masa depan. Ia adalah rahsia Allah S.W.T .

Sabtu, 10 Julai 2010

Salam Isra' Mikra' 1431 H



Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah
Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan
kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Sabtu, 27 Februari 2010

Alkisah ke kedai motor cina pemalas

SEKALI AKU BANKAI KANN!!

1. Hari ni, bertarikh 27 feb 2010, sabtu, aku ke kedai motor milikan cina untuk cas bateri motor aku.
2. sebenarnya pada jam 9.30 pagi lagi aku melilau mencari kedai motor MELAYU untuk cas beteri motor aku. tetapi apa yang dapat sangat menyedihkan, kesemua kedai motor melayu masih tutup, mungkin mereka masih diulit mimpi.
3. nak tak nak aku terpaksa ke kedai motor cina. sangat menyakitkan hati aku toke cina buat layan tak layan jee. dah la tu aku terpaksa buka sendiri motor aku untuk mengeluarkan bateri motor itu.
4. pulak tu si toke makhluk tu mengecas bateri motor aku pada 2 Volt saja. gila!!!!
5. bila aku tegur si nate tu buat-buat tak tahu jerrr. c'mon la, bateri 12 V mesti pengecasan pada 12 V dan ke atas. dasar bangang!!!!
6. lepas jer 1 jam pengecasan, bateri itu dipasang balik oleh aku pada motor aku. dasar cina pemalas.
7. dengan selambanya aku bagi seringgit jer, Padan Muka Kooo. Mampus la ko. Bahlul.
8. aku dah banned kedai ko.... hahahahaaaahahhaaaa

Ahad, 14 Februari 2010

Kenapa Gaji Polis Naik

1. Para anggota polis tentu berasa gumbira kerana menteri keselamatan dalam negeri, dato seri hishamuddin tun hussein mengumumkan kenaikan gaji para anggota polis.
2. kenaikan yang berkuatkuasa 1 januari 2009 tetapi tidak dimaklumkan lagi bila pembayarannya. Kayalah para anggota polis kita kerana tunggakan air (oppppsss), tunggakan gaji yang banyak.
3. Seramai 98,747 anggota polis berlainan pangkat menikmati kenaikan ini dan kenaikan gaji dikira berdasarkan pangkat dan taraf pendidikan.
4. Adakah para pembaca tertanya-tanya kenapa gaji polis dinaikkan secara tiba-tiba sedangkan penjawat awam yang lain tidak menikmatinya?
5. JAWAPANNYA KERANA ANWAR IBRAHIM BERJANJI AKAN MENAIKKAN GAJI POLIS SEKIRANYA BELIAU MENDAPAT MANDAT DARI RAKYAT. TU YANG KERAJAAN BN TERUS MENGELABAH DAN HASILNYA GAJI POLIS NAIK. TINDAKAN ANWAR IBRAHIM ITU DILIHAT CUBA MENDAPAT SOKONGAN DARI POLIS DAN UNDI DARI POLIS. ALA, ORANG POLITIK!!!!!!!

Ahad, 3 Januari 2010

Alkisah gerhana Awal Tahun 2010

Gambar ehsan angkasa.gov.my

Alkisah pada awal tahun baru 2010, kejadian gerhana bulan separa dapat dilihat diseluruh semenanjung malaysia. Kejadian yang berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi. Penulis berasa begitu teruja untuk melihat gerhana tersebut. Oleh kerana penulis tidak berkesempatan untuk pergi ke masjid negara untuk melihat gerhana bulan tersebut secara profesional, tetapi penulis tidak putus asa. Kat rumah pon kat rumah laaa. Dan inilah gambar yang penulis berjaya ambil menggunakan kamera henset penulis. JENG x 3

Mak oiiii.....gelapnya. Cahaya ditengah-tengah tu lah bulan. Kelihatan samar-samar kerana bulan dilitupi awan.

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari (1) Surah Fussilat, ayat 37,

ل
اَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

Jumaat, 1 Januari 2010

Bila Gula Naik

1. Berkuatkuasa 1 jan 2010, harga gula dinaikkan daripada rm 1.45 ke rm 1.65. Kenaikan sebanyak 20 sen ini secara kasarnya tampak kecil, namun akan mengundang kenaikan harga barangan lain.
2. Harga minuman secara keseluruhannya akan meningkat. Tengoklah nanti.
3. Yang tak berkenannya, kerajaan merahsiakan perkara ini. Tup-tup menjelang tahun baru baru diumumkan kenaikan harga gula. Aii....nak tiru kenaikan harga minyak ke?
4. Walaupun kerajaan berusaha menyembunyikan kenaikan ini, namun ia tetap dapat dihidu oleh rakyat dan berlakulah kehabisan gula dalam sekelip mata.
5. Kerajaan mengumumkan masih menanggung subsidi rm 1 bilion untuk produk gula.

Untuk peminat-peminat gula, nampaknya terpaksalah mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan dan peminuman seharian terutamanya kepada warga negeri cik siti wan kembang. Bimbang terkena penyakit diabetis dan kegemukan seperti gambar cik bang di sebelah. Nati kan tak pasal-pasal kena POTONG x 100,000,006.

Salam 2010


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Penulis terkedu. Apa ertinya tahun baru pada penulis. Adakah penulis sudah mencapai apa yang penulis mahukan. TIDAK. Entahlah, penulis merasakan kosong dalam menyambut tahun baru ini. Rupa-rupanya banyak lagi masalah besar yang menanti penulis pada tahun 2010. Masalah pekerjaan, kewangan dan pendidikan membuatkan penulis terkesima. Setelah masalah-masalah ini diselesaikan barulah penulis memikirkan pula pasal j.o.d.o.h. Mmmmmmmm penulis merenung jauh dan panjang. Panjang lagi perjalanan penulis. Tetapi yang jelas penulis sudahpun mendapat sesuatu pada tahun baru ini iaitu...............

PENULIS SEMAKIN TUAAAAAAAAA........

1.Adakah penulis sudah bersedia untuk mati?
2.Adakah penulis sudah membuat amalan untuk bekalan di alam sana?
3.Adakah penulis telah melaksanakan segala amanah di bumi tuhan ini?
4.Adakah penulis telah menyelesaikan segala urusan-urusan dengan manusia lain?
5.Adakah penulis sudah membayar kesemua HUTANGnya?


Penulis merenung lagi. Semakin jauh dah panjang.