Ahad, 3 Januari 2010

Alkisah gerhana Awal Tahun 2010

Gambar ehsan angkasa.gov.my

Alkisah pada awal tahun baru 2010, kejadian gerhana bulan separa dapat dilihat diseluruh semenanjung malaysia. Kejadian yang berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi. Penulis berasa begitu teruja untuk melihat gerhana tersebut. Oleh kerana penulis tidak berkesempatan untuk pergi ke masjid negara untuk melihat gerhana bulan tersebut secara profesional, tetapi penulis tidak putus asa. Kat rumah pon kat rumah laaa. Dan inilah gambar yang penulis berjaya ambil menggunakan kamera henset penulis. JENG x 3

Mak oiiii.....gelapnya. Cahaya ditengah-tengah tu lah bulan. Kelihatan samar-samar kerana bulan dilitupi awan.

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari (1) Surah Fussilat, ayat 37,

ل
اَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

Jumaat, 1 Januari 2010

Bila Gula Naik

1. Berkuatkuasa 1 jan 2010, harga gula dinaikkan daripada rm 1.45 ke rm 1.65. Kenaikan sebanyak 20 sen ini secara kasarnya tampak kecil, namun akan mengundang kenaikan harga barangan lain.
2. Harga minuman secara keseluruhannya akan meningkat. Tengoklah nanti.
3. Yang tak berkenannya, kerajaan merahsiakan perkara ini. Tup-tup menjelang tahun baru baru diumumkan kenaikan harga gula. Aii....nak tiru kenaikan harga minyak ke?
4. Walaupun kerajaan berusaha menyembunyikan kenaikan ini, namun ia tetap dapat dihidu oleh rakyat dan berlakulah kehabisan gula dalam sekelip mata.
5. Kerajaan mengumumkan masih menanggung subsidi rm 1 bilion untuk produk gula.

Untuk peminat-peminat gula, nampaknya terpaksalah mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan dan peminuman seharian terutamanya kepada warga negeri cik siti wan kembang. Bimbang terkena penyakit diabetis dan kegemukan seperti gambar cik bang di sebelah. Nati kan tak pasal-pasal kena POTONG x 100,000,006.

Salam 2010


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010. Penulis terkedu. Apa ertinya tahun baru pada penulis. Adakah penulis sudah mencapai apa yang penulis mahukan. TIDAK. Entahlah, penulis merasakan kosong dalam menyambut tahun baru ini. Rupa-rupanya banyak lagi masalah besar yang menanti penulis pada tahun 2010. Masalah pekerjaan, kewangan dan pendidikan membuatkan penulis terkesima. Setelah masalah-masalah ini diselesaikan barulah penulis memikirkan pula pasal j.o.d.o.h. Mmmmmmmm penulis merenung jauh dan panjang. Panjang lagi perjalanan penulis. Tetapi yang jelas penulis sudahpun mendapat sesuatu pada tahun baru ini iaitu...............

PENULIS SEMAKIN TUAAAAAAAAA........

1.Adakah penulis sudah bersedia untuk mati?
2.Adakah penulis sudah membuat amalan untuk bekalan di alam sana?
3.Adakah penulis telah melaksanakan segala amanah di bumi tuhan ini?
4.Adakah penulis telah menyelesaikan segala urusan-urusan dengan manusia lain?
5.Adakah penulis sudah membayar kesemua HUTANGnya?


Penulis merenung lagi. Semakin jauh dah panjang.