Rabu, 30 September 2009

Sambutan Aidilfitri 1430H di Gua Musang




Pada tanggal 10 Syawal 1430H bersamaan 29 September 2009 diadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan majlis sambutan kepulangan Adun Galas YB hashim Sulaima dari negara china. YB mendapatkan rawatan di china setelah rawatan dalam bumi Malaysia tidak menunjukkan peningkatan. (ayat daripada mulut YB sendiri).
Apapun yang penting penulis dapat makan free. Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi berakhir pada 12 tengahari. Dapatlah penulis membedal 2 pinggan mee goreng dan bihun goreng disertai blede (orang KL panggil agar-agar) dan 2 gelas air sirap. Adoooiii, penulis sudahlah batuk, minuman berais memberatkan penyakit penulis. Tapi kerana semangat Aidilfitri, penulis hentam jugaklaa.
Gambar disertakan. korang boleh tengok sendiri....

Ahad, 27 September 2009

Selamat Hari Raya


hari ini bertarikh 27 september 2009 bersamaan 8 syawal 1430 hijrah. masih belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat hari raya AidilFitri, maaf zahir dan batin. Penulis tersangatlah sibuk beraya kesana sini raya ni, ditambah pulak dengan betapa jem nya jalan-jalan dalam bandar kota bharu sampai ke kuala krai dan betapanya slownya talian internet menyebabkan terbantutnya kerja-kerja men-update blog ini. Hari ini penulis kembali bekerja setelah seminggu bercuti. Raya bersambung ditempat kerja. Pada hari ini juga terdapat majlis rumah terbuka menteri Besar kelantan bertempat di perkarangan stadium sultan muhammad ke-4 bermula pada 12 tengahhari sampai 3 petang. kalaupun ana dapat pergi, boleh bersesak-sesak dan membedal apa yang ada. yang penting pergi dengan motor, kalau dengan kereta paham-paham sajelaa.