Khamis, 31 Disember 2009

Tuanku Ismail berpoligami?


Gambar ehsan utusan malaysia

1.Jabatan Hal Ehwal Islam negeri kelantan telah mengesahkan sultan kelantan, tuanku ismail petra beristeri dua.
2. Isteri kedua tuanku bernama elia suhana ahmad,30 dan mereka berdua berkahwin pada 31 disember 2007
3. Adakah semua ahli keluarga tuanku mengetahu perkara itu. Bagaimana pula reaksi raja perempuan kelantan, tengku anis?

Macam-macam hal keluarga diraja kelantan ni,

Isnin, 28 Disember 2009

Tragedi Ipoh


Bas yang remuk disebabkan kecuaian pemandu (ehsan berita harian)

Tragedi Ipoh

When: 26 Disember 2009 pukul 1 pagi

where: Lebuh raya utara selatan dekat ipoh

What: Bas yang tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya.

Victims:

Gambar mangsa yang terbunuh (ehsan berita harian)

1. Shaharin Mohd Noor, 61, suami
2. Supiah Adam, 46, isteri

3.Mohd Shukri Mohd Ali, 22, kawan
4.Mohd Bilal Osman, 22, kawan

5.Ng Kah Kit, 12, adik
6.Ng Ph Ngoh, 23, abang

7.Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, kakak
8.Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, adik

9.Musa @ Ismail Abdullah, 64,
10.Noor Jasmi Noordin, 25,

Takziah kepada keluarga mangsa. Alangkah peritnya menerima musibah ini.

Alasan yang diberikan oleh pemandu bas tersebut, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, mengantuk dan terlelap ketika kemalangan,".
Bangang x 1000000000000000000000000000000000000000

Sabtu, 26 Disember 2009

Pembunuh Bergerak Part 2


proton wira yang remuk diseret

Pembunuh maut kembali lagi. Kali ini berupa lori muatan tanah/batuan telah melanggar sebuah proton wira yang dinaiki 3 anak-beranak di jalan jitra-kodiang, jitra, kedah. Peristiwa yang berlaku pada pukul 5.10 petang, 23 disember 2009 itu telah mengorbankan kesemua penumpang kereta wira tersebut. Mangsa adalah
1.bunyamin yaakob, 30 pemandu, suami
2.normah mat isa, 29 isteri
3.ilnor balqis, 9 bulan anak

Pemandu lori tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Alasan popular yang diberikan adalah brek tak berfungsi ketika menuruni bukit.

Bangang!!!!!kalau dah brek tak berfungsi tak payahlah bawak lori, dengan pemandu, kelindan dan syarikat sama-sama bangang.




nasib rakyat malaysia akibat sistem pengangkutan jalan raya Malaysia

Sudah 5 tahun



Diam tak diam sudah lima tahun peristiwa tsunami berlaku. Peristiwa yang menyayat hati ini telah mengorbankan hampir 400, 000 nyawa di seluruh dunia. Ada yang mengatakan bala dari tuhan tak kurang juga ia berlaku disebabkan fenomena alam. Walaubagaimanpun masjid-masjid yang tidak rosak disebabkan bencana ini patut diambil iktibar.
.
.
.
.
Takziah kepada keluarga mangsa.

Rabu, 23 Disember 2009

Ilmu Kejuruteraan Manusia

Rapuhnya ilmu manusia. Bangsa Eropah cukup berbangga dengan ilmu kejuruteraan automotif yang mereka miliki. Lihat sajalah kereta kereta dari Eropah, Ford, BMW, Lotus, Mercedes Benz dan banyak lagi. Namun dalam konteks kereta api Eropah yang maju, EuroStar, ia mengalami masalah menghadapi perubahan cuaca.

Alkisahnya EuroStar mati tiba-tiba ketika melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan Britain dengan tanah besar Eropah. Perubahan suhu dikatakan menjadi punca kerana EuroStar bergerak dari kawasan perancis Utara yang sejuk yang memasuki terowong bawah tanah itu yang panas. Maka penumpang-penumpang pun mulalah mengamuk kerana terperangkap berjam-jam dan bekalan makanan dan minuman telah habis. Pihak pengurusan EuroStar dipersalahkan kerana tidak bersedia menghadapi keadaan ini.

Terowong bawah tanah yang menghubungkan Britain dan Eropah itu sepanjang 50 km. Agaknya berapa RM bilionlah harga terowong itu yee. Ilmu manusia memang terbatas. Walaubagaimanapun dalam hal ini, manusia akan belajar dari kesilapan mereka dan mengambil berat tentang banyak lagi hal-hal yang mereka tak ketahui.

EuroStar, laju menatang nih, maksimun 300 km/h


Peta Laluan EuroStar, termasuk terowong bawah tanah yang menghubungkan Britain dengan tanah besar Eropah.


TOlong aku weeiii, aku tak dapat bekerja dalam perubahan cuaca.

Maklumat tentang Eurostar
Build Dates: 1993-1995
Territory: LGV Nord-Europe and points north
Top Speed: 300 km/h (186 mph)
Supply Voltages: 25kV 50Hz AC, 3kV DC, 750V DC third rail (1.5kV DC for some)
Traction:12 3-phase AC asynchronous motors, total power 12200 kW (16300 hp) under 25kV supply
Length and Weight: 394 m / 752 tonnes
Configuration: 1 power car + 18 trailers + 1 power car, 794 seats
Performance Metrics: 16 kW/tonne / 0.98 tonnes/seat / 15.90 kW/seat
Pressure Sealed: Yes
Spotting Features: yellow duckbill nose, low profile.
Special Notes: International (40/40/20) cooperation between France, Britain and Belgium.

Sabtu, 19 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Selamat Menyambut tahun hijrah 1431.


Peta google map semenanjung tanah arab termasuk kota mekah dan kota madinah. Sila klik sekali pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih terang.


Merintangi segala rintangan demi perintah ALLAH

Selasa, 15 Disember 2009

Pembunuh Bergerak

Pada tarikh 12 disember 2009, sabtu, berlaku satu kejadian yang sungguh menyayat hari. Pada jam 8. 39 pagi, satu lori tangki petronas yang membawa minyak ron 95 telah merempuh sebuah kereta mercedes benz di tepi jalan lalu hilang kawalan yang akhirnya merempuh sebuah rumah. Kejadian yang berlaku di kampung klawang, batu 18 jelebu negeri sembilan itu telah mengorbankan dua orang kanak-kanak dan pemandu lori tersebut.

Manga yang bernama anisah hanapiah, 15 dan adiknya mohd hafiz hanapiah, 7 rentung dalam kebakaran bersama pemadu lori itu, samsulkahar bahudin, 36. Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat. Ayah kepada mangsa telah meninggal dunia dua tahun lalu.

Penulis merasa sungguh terharu apabila mendengar cerita ini. Di Malaysia, sistem pengangkutan bahan bakar (minyak) dan kayu balak menggunakan lori pengangkut dan berkongsi jalan raya dengan rakyat umum. Seringkali jika berlaku kemalangan yang membabitkan kenderaaan ini, celakanya sangat teruk. Memang Innalilah jawabnya.


Gambar ehsan kosmo (tiada kaitan dengan peristiwa ini)


Tangisan seorang ibu. Nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan. Bagaimanalah agaknya si ibu ini menghadapi musibah ini. (Gambar ehsan utusan)


Menteri Besar negeri sembilan, Mohd Hasaan. Apabila berlaku kejadian ngeri barulah terhegeh-hegeh mengambil tindakan. Jalan yang berlengkang-lengkok akan diluruskan dan dibesarkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak JKR.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Selasa, 8 Disember 2009

Tragedi KB Mall


Pada hari Ahad 6 Disember 2009, berlaku satu kemalangan ngeri di kb mall, kota bharu kelantan.

Alkisahnya kereta ford laser milik seorang lelaki bernama sabri,27 yang terletak di tingkat paling atas parkir sukar dihidupkan dan meminta adik angkatnya nurul ain said, 17 untuk menghidupkannya sementara dia menolaknya dibelakang bersama adik nurul ain. Setelah kereta dihidupkan, nurul ain yang tak reti memandu telah menekan pedal minyak dan kereta itu sepantas kilat merempuh tembok dinding dihadapannya lalu terjunam ke bawah pasaraya kb mall. Nurul ain adalah pelajar SMK Dewan Beta dan sedang menghadapi ujian SPM.


Malangnya kereta itu terjunam terkena pada eskalator dan telah membunuh dua orang pelajar MasterSkills. Pelajar itu adalah siti nor amira shamsudin, 19 dan siti nor diana azman,23.


Gambar mangsa, dari kiri, siti nordiana dan kanan sekali, siti nor amira. (gambar dicedok dari berita harian)

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Isnin, 7 Disember 2009

Cara Enable Tulisan Jawi di Microsoft Word

Dalam post kali ini saya akan memberitahui kepada anda semua cara-cara enable font jawi dalam microsost word. Kepada sesiapa yang memerlukan font jawi dalam penulisan mereka terutama kepada guru-guru agama/ustaz/ustazah bolehlah memberi perhatian. Kepada sesiapa yang dah mahir dalam enable tulisan jawi dalam Word boleh juga memberi komen atau pun memberi info yang baru. Saya menggunakan windows XP dan juga Microsoft Word 2003.


Langkah pertama>Start>control panel


Langkah kedua>pergi kepada regional and language options


Langkah ketiga>pergi kepada tab languange dan tick pada "install files for complex script and right to left languages (including Thai)">apply>ok


Langkah keempat> anda dikehendaki memasukkan cd windows (windows yang anda gunakan sekarang) ke dalam pemacu optik/cd player atau dvd player. Pastikan komputer anda memilikinya dan cd windows hendaklah sama seperti yang digunakan pada komputer anda sekarang. Jika komputer anda menggunakan windows XP, pastikan cd windows XP juga yang dimasukkan ke dalam pemacu optik, bukan cd windows vista atau 2ooo.>ok



Langkah kelima>komputer akan meng'copy' file-file yang sepatutnya. Tunggu aje laaa.



Langkah keenam>anda dikehendaki restart komputer. Anda dinasihatkan supaya open/eject pemacu optik supaya cd windows berada di luar komputer untuk mengelakkan terrrBOOT semasa restart. Tekan ok dan komputer akan restart.



Langkah ke tujuh> pergi semula pada control panel>regional and languages option>tab languages>tekan button details seperti dalam gambar di atas.



Langkah ke lapan> tekan button ADD seperti gambar di atas.



langkah kesembilan> pilih susunan seperti gambar diatas.>ok



Langkah kesepuluh> tekan apply dan ok> beres



Langkah terakhir> buka Microsoft Word> tekan button 'AR' pada panel bawah dan tekan button 'right to left' pada panel atas seperti dalam gambar.Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej. Button dibulatkan dengan lingkaran merah. Sekarang anda boleh menaip jawi dalam Word anda. Pastikan anda menghafal keyboard jawi yang ditekan. alah bisa tegal biasa. Selamat mencuba.