Rabu, 30 September 2009

Sambutan Aidilfitri 1430H di Gua Musang




Pada tanggal 10 Syawal 1430H bersamaan 29 September 2009 diadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan majlis sambutan kepulangan Adun Galas YB hashim Sulaima dari negara china. YB mendapatkan rawatan di china setelah rawatan dalam bumi Malaysia tidak menunjukkan peningkatan. (ayat daripada mulut YB sendiri).
Apapun yang penting penulis dapat makan free. Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi berakhir pada 12 tengahari. Dapatlah penulis membedal 2 pinggan mee goreng dan bihun goreng disertai blede (orang KL panggil agar-agar) dan 2 gelas air sirap. Adoooiii, penulis sudahlah batuk, minuman berais memberatkan penyakit penulis. Tapi kerana semangat Aidilfitri, penulis hentam jugaklaa.
Gambar disertakan. korang boleh tengok sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan