Ahad, 1 November 2009

Perginya Kucing Ku Sayang


Gambar lama kucing aku


Kucing aku ditemui mati.........

Pada tarikh 31 Oktober 2009 berwaktukan 11.30 malam, penulis dikejutkan dengan penemuan kucing penulis yang tengah nazak. Tak lama selepas itu kucing penulis pun mati. Penulis terkezut BEROOK kerana pada pukul 11 malam sebelum ini saja si piaw (gelaran untuk kucing penulis) masih ligat mengaum dan kesana sini.

Penulis berasa sangat hairan kerana setelah diperiksa, penulis tidak menemui sebarang kecederaan pada si piaw. Pada malam itu juga Kelantan mara ke peringkat separuh akhir perlawanan bola sepak liga Malaysia. Ia diumumkan pada jam 11.19 minit malam. Mungkin pada waktu itulah si piaw ditimpa bala. Mak penulis mengatakan si piaw mungkin dipatuk oleh ular.
Ntahlah, kalau boleh penulis mahu pergi ke masa lampau dan melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Adakah kemenangan Kelantan pada malam itu ada kaitan dengan kematian si piaw????

Walau apa pun, si piaw telah selamat dikebumikan oleh penulis sendiri dibelakang rumah keesokan harinya, 1 November 2009. Pada hari ini juga penulis m.c tak pergi kerja bukan kerana kematian si piaw tetapi kerana bas mogok. Babi punya SKMK, menyusahkan orang ramai sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan