Jumaat, 1 Januari 2010

Bila Gula Naik

1. Berkuatkuasa 1 jan 2010, harga gula dinaikkan daripada rm 1.45 ke rm 1.65. Kenaikan sebanyak 20 sen ini secara kasarnya tampak kecil, namun akan mengundang kenaikan harga barangan lain.
2. Harga minuman secara keseluruhannya akan meningkat. Tengoklah nanti.
3. Yang tak berkenannya, kerajaan merahsiakan perkara ini. Tup-tup menjelang tahun baru baru diumumkan kenaikan harga gula. Aii....nak tiru kenaikan harga minyak ke?
4. Walaupun kerajaan berusaha menyembunyikan kenaikan ini, namun ia tetap dapat dihidu oleh rakyat dan berlakulah kehabisan gula dalam sekelip mata.
5. Kerajaan mengumumkan masih menanggung subsidi rm 1 bilion untuk produk gula.

Untuk peminat-peminat gula, nampaknya terpaksalah mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan dan peminuman seharian terutamanya kepada warga negeri cik siti wan kembang. Bimbang terkena penyakit diabetis dan kegemukan seperti gambar cik bang di sebelah. Nati kan tak pasal-pasal kena POTONG x 100,000,006.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan