Sabtu, 3 Oktober 2009

Kebakaran di Kampung Penulis


Tinggal sehelai sebontot



Api sedang mara



Pandangan dari kebun

Pada hari Jumaat, 2 Oktober 2009 bersamaan 13 Syawal 1430H, kampung penulis digegarkan dengan kejadian kebakaran sebuah rumah kayu lama pada pukul kira-kira 3 petang. Lebih malang lagi rumah yang bersebelahan dan juga surau yang juga bersebelahan turut dijangkiti api, tetapi sempat diselamatkan oleh pihak bomba dan penduduk kampung.

Penulis yang pertama kali melihat kebakaran rumah secara live dapat merasa kehangatan api yang sedang marak. Rumah pula adalah rumah kayu lama, ditambah dengan angin kencang dan cuaca panas menyebabkan api marak dengan lajunya. Asap berkepul-kepul naik ke udara membolehkan rumah yang terbakar itu dijejaki dengan pantas oleh penulis dan penduduk kampung.

Ketika penulis sampai, bomba sudah bertungkus-lumus menyiapkan alat semburan air. Yang pertama sekali rumah yang kena sembur bukanlah rumah yang terbakar cik kiah oii tapi rumah yang bersebelahan. Sudah tentulah untuk menyelamatkan apa-apa yang boleh diselamatkan. Tentang rumah yang terbakar itu..... dah al-marhum pun.

Penulis berdoa agar Allah menjauhi musibah-musibah sebegini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan