Selasa, 13 Julai 2010

Kisah Paul Si Tukang Tilik

Paul si sotong kurita memerangkap tukang tilik (sumber: tntmagazine)

1. Pertama sekali mari kita lihat tukang tilik dari sudut agama Islam

Allah telah berfirman yang maksudnya:
”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.”
(Surah an- Naml : 65)

Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.”
(Hadith Muslim).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

2. Melihat dari sudut agama islam, adalah jelas umat nabi Muhammad dilarang tegas daripada mendatangi dan mempercayai ramalan / tilikan.

3. Begitu juga dengan ramalan si Paul, seekor sotong kurita yang telah meramal perlawanan-perlawanan negara Jerman dengan negara lain pada kejohanan bola sepak dunia 2010 dan semua ramalannya betul.

4. Pasti lepas ini si Paul akan terkenal kerana tilikannya. Apapun jika umat islam mempercayai tilikan si Paul, amat jelas ia menghampiri kekufuran.

5. Penulis tidak menolak bahawa haiwan- haiwan dapat mengetahui apa yang berlaku pada masa depan. Ia adalah rahsia Allah S.W.T .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan