Ahad, 18 Julai 2010

Kuasa Percintaan


Di kala kebosanan di waktu petang, hujan turun renyai-renyai, penulis mahu menulis artikel pasal hebatnya kuasa percintaan. Semua orang ataupun makhluk yang bernyawa pasti merasai perasaan cinta. Ia membuatkan seseorang tidur tak lena, makan tak kenyang, asyik teringatkan orang yang dirindui.






1. Dalam Al-Quran, Allah berfirman;
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ' (Ar-rum ayat 21)

2. Kuasa percintaan menyebabkan manusia sentiasa teringat orang yang dicintainya. mahu lakukan segala-galanya untuk memiliki individu tersebut.

3. Apakah yang menyebabkan manusia tergila-gilakan pasangannya?
~~~~~~~kerna rupanya kah?
~~~~~~~kerna bentuk badannya kah?
~~~~~~~kerna kemaluannya kah? (SENSOR)
~~~~~~~atau kerna budi bicaranya kah?
~~~~~~~atau kerna harta/duitnya kah?
~~~~~~~atau kerna sopan santunnya kah?
~~~~~~~ATAU KERNA AGAMANYA KAH?

4. Individu yang membaca tulisan ini pasti mempunyai hujah dan alasan masing-masing.

5. Bagi penulis, penulis ingin menyatakan pandangan mata memang hebat, ibarat kata orang 'senior' dari mana datangnya cinta? dari mata jatuh ke hati.

6. Seseorang itu akan GUMBIRA apabila mendapat orang yang dicintainya......namun, jika hasrat tak kesampaian,apa akan jadi?
*********KECEWA
*********MARAH
*********PATAH HATI UNTUK BERCINTA LAGI
*********SENTIASA MERINDUINYA
*********HIDUP TAK TENTERAM???

7 Penulis hanya tersenyum sendirian memikirkan perkara ini.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan