Ahad, 19 Disember 2010

Fahaman SYIAH di Malaysia

Gambar ehsan Harian Metro

1. Satu penangkapan rakyat Malaysia berfahaman Syiah dilakukan pada 10 Muharram 1432H yang lalu di Selangor (lupa nama tempat). Kumpulan ini diketuai oleh seorang yang berbangsa Iran.

2. Iran memang negara berfahaman Syiah. Malaysia mengiktiraf negara berfahaman Syiah tetapi mengharamkan rakyat Malaysia berugama Islam mengikuti fahaman ini kerana menyalahi ahli sunnah wal jamaah.

3. Orang islam Malaysia adalah mengikut ahli sunnah wal jamaah dan mengikut mazhab Imam Hanafi.

4. Fahaman Syiah ni cukup bahaya kepada rakyat Malaysia yang berugama Islam. Ia akan memecahbelahkan orang islam / melayu jika tak dibendung dari awal.

5. Syiah memuja Saidina Ali dan menolak 3 khulafa' ar-rasyidin yang lain malahan tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Orang syiah percaya malaikat Jibrail AS tersalah memberi wahyu kepada nabi Muhammad SAW dan sepatutnya memberikan wahyu kepada saidina Ali.

6. Iktikad ini jika tak dibendung dari awal memang parah. Mereka bermati-matian percaya kepada kerasulan saidina Ali dan cukup sukar untuk menukar iktikad kepercayaan mereka ini kembali mempercayai kerasulan Nabi Muhammad SAW.

7. Diharap orang Malaysia yang berugama Islam yang mula berjinak-jinak dengan fahaman Syiah ini supaya jauh-jauhkanlah lebih-lebih lagi jikalau anda adalah guru/pensyarah. Anda dengan mudah mempengaruhi pelajar anda menjadi pengikut Syiah.

8. Penulis memang memandang serius akan hal ini. Semoga Allah swt melindungi rakyat Malaysia, Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan