Sabtu, 11 Disember 2010

Penganggur Kehormat

1. Bermula pada hari 20 November 2010 penulis menjadi penganggur kehormat kerana sudah habis 'sesuatu' kursus.

2. Penulis menjadi penganggur kehormat mungkin sampai 2 Januari 2011. Dalam sebulan lebih juga penulis menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang tak beerti ni..(tak beerti ke?)

3. Bukanlah penulis tak mahu bekerja, tetapi dalam jangkamasa yang pendek dan kekurangan peluang pekerjaan di negeri penulis menyebabkan penulis melupakan hasrat ingin bekerja. Kalau ade pon atendan pam minyak dengan pelayan restoran..lupakanlah.....

4. Pun begitu, penulis tidaklah menghabiskan masa-masa terluang dengan sia-sia. Banyak lagi benda yang boleh dibuat semasa time menganggur ni.

5. Penulis bercadang ingin menanam beberapa sayur seperti terung dan timun.......namun keadaan musim tengkujuh pada hujung tahun membantut hasrat ku. Ayam -ayam disekitar rumah penulis pon banyak yang dah mati kerana musim tengkujuh ni. Kesejukan kotttt......terpaksalah penulis menanam ayam-ayam yang dah mampos tu.....adooooooiii sakit belakang.

6. Penulis juga tidak bercadang ke ibu kota untuk mengisi masa menganggur ni walaupon banyak pendatang asing masuk Malaysia kerana rezeki. KL pon dah jadi macam negara mereka.

7. Penulis bersyukur kerana penulis lahir di Malaysia. Kasian pon ade melihat para pendatang asing terpaksa bersusah payah ke Malaysia demi sesuap rezeki.

8. Semoga Allah S.W.T melimpah nikmat yang tak terhingga kepada penulis, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan