Rabu, 23 Disember 2009

Ilmu Kejuruteraan Manusia

Rapuhnya ilmu manusia. Bangsa Eropah cukup berbangga dengan ilmu kejuruteraan automotif yang mereka miliki. Lihat sajalah kereta kereta dari Eropah, Ford, BMW, Lotus, Mercedes Benz dan banyak lagi. Namun dalam konteks kereta api Eropah yang maju, EuroStar, ia mengalami masalah menghadapi perubahan cuaca.

Alkisahnya EuroStar mati tiba-tiba ketika melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan Britain dengan tanah besar Eropah. Perubahan suhu dikatakan menjadi punca kerana EuroStar bergerak dari kawasan perancis Utara yang sejuk yang memasuki terowong bawah tanah itu yang panas. Maka penumpang-penumpang pun mulalah mengamuk kerana terperangkap berjam-jam dan bekalan makanan dan minuman telah habis. Pihak pengurusan EuroStar dipersalahkan kerana tidak bersedia menghadapi keadaan ini.

Terowong bawah tanah yang menghubungkan Britain dan Eropah itu sepanjang 50 km. Agaknya berapa RM bilionlah harga terowong itu yee. Ilmu manusia memang terbatas. Walaubagaimanapun dalam hal ini, manusia akan belajar dari kesilapan mereka dan mengambil berat tentang banyak lagi hal-hal yang mereka tak ketahui.

EuroStar, laju menatang nih, maksimun 300 km/h


Peta Laluan EuroStar, termasuk terowong bawah tanah yang menghubungkan Britain dengan tanah besar Eropah.


TOlong aku weeiii, aku tak dapat bekerja dalam perubahan cuaca.

Maklumat tentang Eurostar
Build Dates: 1993-1995
Territory: LGV Nord-Europe and points north
Top Speed: 300 km/h (186 mph)
Supply Voltages: 25kV 50Hz AC, 3kV DC, 750V DC third rail (1.5kV DC for some)
Traction:12 3-phase AC asynchronous motors, total power 12200 kW (16300 hp) under 25kV supply
Length and Weight: 394 m / 752 tonnes
Configuration: 1 power car + 18 trailers + 1 power car, 794 seats
Performance Metrics: 16 kW/tonne / 0.98 tonnes/seat / 15.90 kW/seat
Pressure Sealed: Yes
Spotting Features: yellow duckbill nose, low profile.
Special Notes: International (40/40/20) cooperation between France, Britain and Belgium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan