Isnin, 7 Disember 2009

Cara Enable Tulisan Jawi di Microsoft Word

Dalam post kali ini saya akan memberitahui kepada anda semua cara-cara enable font jawi dalam microsost word. Kepada sesiapa yang memerlukan font jawi dalam penulisan mereka terutama kepada guru-guru agama/ustaz/ustazah bolehlah memberi perhatian. Kepada sesiapa yang dah mahir dalam enable tulisan jawi dalam Word boleh juga memberi komen atau pun memberi info yang baru. Saya menggunakan windows XP dan juga Microsoft Word 2003.


Langkah pertama>Start>control panel


Langkah kedua>pergi kepada regional and language options


Langkah ketiga>pergi kepada tab languange dan tick pada "install files for complex script and right to left languages (including Thai)">apply>ok


Langkah keempat> anda dikehendaki memasukkan cd windows (windows yang anda gunakan sekarang) ke dalam pemacu optik/cd player atau dvd player. Pastikan komputer anda memilikinya dan cd windows hendaklah sama seperti yang digunakan pada komputer anda sekarang. Jika komputer anda menggunakan windows XP, pastikan cd windows XP juga yang dimasukkan ke dalam pemacu optik, bukan cd windows vista atau 2ooo.>ok



Langkah kelima>komputer akan meng'copy' file-file yang sepatutnya. Tunggu aje laaa.



Langkah keenam>anda dikehendaki restart komputer. Anda dinasihatkan supaya open/eject pemacu optik supaya cd windows berada di luar komputer untuk mengelakkan terrrBOOT semasa restart. Tekan ok dan komputer akan restart.



Langkah ke tujuh> pergi semula pada control panel>regional and languages option>tab languages>tekan button details seperti dalam gambar di atas.



Langkah ke lapan> tekan button ADD seperti gambar di atas.



langkah kesembilan> pilih susunan seperti gambar diatas.>ok



Langkah kesepuluh> tekan apply dan ok> beres



Langkah terakhir> buka Microsoft Word> tekan button 'AR' pada panel bawah dan tekan button 'right to left' pada panel atas seperti dalam gambar.Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej. Button dibulatkan dengan lingkaran merah. Sekarang anda boleh menaip jawi dalam Word anda. Pastikan anda menghafal keyboard jawi yang ditekan. alah bisa tegal biasa. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan