Selasa, 8 Disember 2009

Tragedi KB Mall


Pada hari Ahad 6 Disember 2009, berlaku satu kemalangan ngeri di kb mall, kota bharu kelantan.

Alkisahnya kereta ford laser milik seorang lelaki bernama sabri,27 yang terletak di tingkat paling atas parkir sukar dihidupkan dan meminta adik angkatnya nurul ain said, 17 untuk menghidupkannya sementara dia menolaknya dibelakang bersama adik nurul ain. Setelah kereta dihidupkan, nurul ain yang tak reti memandu telah menekan pedal minyak dan kereta itu sepantas kilat merempuh tembok dinding dihadapannya lalu terjunam ke bawah pasaraya kb mall. Nurul ain adalah pelajar SMK Dewan Beta dan sedang menghadapi ujian SPM.


Malangnya kereta itu terjunam terkena pada eskalator dan telah membunuh dua orang pelajar MasterSkills. Pelajar itu adalah siti nor amira shamsudin, 19 dan siti nor diana azman,23.


Gambar mangsa, dari kiri, siti nordiana dan kanan sekali, siti nor amira. (gambar dicedok dari berita harian)

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan