Manga yang bernama anisah hanapiah, 15 dan adiknya mohd hafiz hanapiah, 7 rentung dalam kebakaran bersama pemadu lori itu, samsulkahar bahudin, 36. Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat. Ayah kepada mangsa telah meninggal dunia dua tahun lalu.
Penulis merasa sungguh terharu apabila mendengar cerita ini. Di Malaysia, sistem pengangkutan bahan bakar (minyak) dan kayu balak menggunakan lori pengangkut dan berkongsi jalan raya dengan rakyat umum. Seringkali jika berlaku kemalangan yang membabitkan kenderaaan ini, celakanya sangat teruk. Memang Innalilah jawabnya.

Gambar ehsan kosmo (tiada kaitan dengan peristiwa ini)

Tangisan seorang ibu. Nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan. Bagaimanalah agaknya si ibu ini menghadapi musibah ini. (Gambar ehsan utusan)

Menteri Besar negeri sembilan, Mohd Hasaan. Apabila berlaku kejadian ngeri barulah terhegeh-hegeh mengambil tindakan. Jalan yang berlengkang-lengkok akan diluruskan dan dibesarkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak JKR.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan